CKHT ialah
1)Cukai yang dikenakan oleh LHDN ke atas keuntungan yang diperolehi melalui penjualan harta tanah/aset.
2)Diperuntukkan di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
3)Dikenakan ke atas keuntungan yang diperolehi daripada perbezaan harga pelupusan dengan harga perolehan
Apa pula Pelupusan dan Harga Pelupusan
- Pelupusan bermaksud tuan punya harta tanah tersebut melupuskan harta tanah tersebut samada melalui penjualan atau pemberian kepada pembeli atau penerima.
- Harga pelupusan ialah jumlah wang atau nilai sesuatu balasan yang diterima hasil pelupusan harta tanah tersebut.
Apa itu Perolehan dan Harga Perolehan
- Perolehan boleh bermaksud suatu keadaan di mana sesuatu harta tanah itu diperolehi oleh pembeli atau penerima;
- Harga perolehan bermaksud jumlah atau nilai balasan dalam bentuk wang yang dibayar atau diberi untuk memperolehi harta tanah tersebut (termasuk kos sampingan perolehan)
Kadar CKHT Mengikut Akta
CKHT dikenakan pada kadar di antara 5% – 30% mengikut kategori pelupus dan tahun pemilikan harta tanah/aset tersebut.
Untuk penjelasan yang lebih terperinci, sila rujuk di sini dan di sini.
Situasi Terkini
Walau bagaimanapun, bermula 1hb April 2007 mengikut Perintah Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (P.U.(A) 146), CKHT tidak lagi dikenakan kepada penjual atau pelupus pada setiap penjualan asetnya.
Namun, bajet 2010 baru-baru ini, keadaan ini telah kembali kepada asalnya dengan pengenaan cukai pada kadar 5% tidak mengambil kira tahun perolehan/pelupusan harta tanah atau kategori penjual atau pelupus.
Ada pihak mengatakan bahawa CKHT dikenakan semula bertujuan untuk membendung manipulasi harga harta tanah yang kian melambung. Dilaporkan bahawa disebabkan tiada CKHT, harga pasaran meningkat dan menekan golongan berpendapatan rendah dan sederhana di dalam pembelian hartanah.
Kenyataan ini mungkin ada benarnya terutamanya di Bandar-bandar besar di mana pasaran hartanah sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Tetapi di suatu sudut yang lain, saya merasakan yang CKHT ini walau pun dikenakan pada kadar yang minimum akan membantutkan kerancakan pasaran hartanah. Pemilik hartanah akan berfikir panjang untuk melupuskan hartanah mereka terutamanya jika harga jual beli hartanah tersebut hanya pulang modal. Ada juga kemungkinan harga jualbeli yang tertera di dalam Perjanjian Jual Beli akan ‘diturunkan’ berbanding dengan harga sebenar untuk mengelakkan cukai ini.
Apa-apa pun, mengikut sumber-sumber dari LHDN, prosedur CKHT yang terbaru masih di dalam proses penyediaan. Setakat ini masih belum ada yang pasti. Mudah-mudahan LHDN dapat merangka prosedur yang mudah dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.
Showing posts with label Undang-undang Hartanah. Show all posts
Showing posts with label Undang-undang Hartanah. Show all posts
Thursday, November 5, 2009
Friday, October 30, 2009
CKHT Kini Kembali!
Bajet 2010 baru-baru ini membawa sedikit khabar tidak menggembirakan bagi pasaran hartanah. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang telah 2 tahun dikecualikan akan dikuatkuasakan semula mulai 1 Januari 2010 ini.
Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, CKHT akan dikenakan pada kadar 5% ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah melalui Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2009 (selepas ini akan disebut ‘Perintah Pengecualian’) yang akan diwartakan secepat mungkin. Demikian yang dilaporkan di dalam Utusan Malaysia pada 26hb Oktober 2009 yang lalu.
Melalui Perintah Pengecualian tersebut kadar 5% akan dikenakan tanpa mengira kategori pemilik atau tempoh pegangan hartanah tersebut.
Bagaimanapun. terdapat pengecualian diberikan kepada individu seperti berikut:
i-pengecualian ditingkatkan daripada RM5,000-00 kepada RM10,000 atau 10% daripada keuntungan bercukai, yang mana lebih tinggi;
ii-pelupusan hartanah antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak, datuk, nenek dan cucu di atas dasar hadiah atau kasih sayang;
iii-pelupusan rumah kediaman sekali seumur hidup.
Sebenarnya, apa dia CKHT ini?
Tunggu ya...

Subscribe to:
Posts (Atom)